Sunday 12 January 2014

PENYUSUAN EKSLUSIF

CERITERA SUSI IBU

Kali ini Azie cuma nak berkongsi maklumat tentang penyusuan susu ibu agar ibu-ibu di luar sana dapat menjayakan PENYUSUAN EKSLUSIF kepada si manja mereka...

APAKAH PENYUSUAN EKSLUSIF?
  • Penyusuan bayi secara ekslusif bermaksud penyusuan di mana bayi hanya menyusus susu ibu tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama. Penyusuan ekslusif ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan ibu dan bayi secara mental dan fizikal.
  • Si manja hanya akan bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu pada usia enam bulan ke atas.
  • Sebarang makanan yang masuk ke pencernaannya hanya akan mengganggu proses tumbesaran dan proses penghasilan susu ibu secara semulajadi. 
  • Pada usia sekecil ini, bayi masih memerlukan antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit yang berbahaya yang boleh mengancam nyawa.
  • Selain itu, penyusuan susu ibu secara ekslusif akan meminimumkan risiko alahan kepada bayi.
  • Penyusuan susu ibu secara ekslusif juga meneguhkan hubungan antara ibu dan bayinya. Bayi akan berasa lebih selamat, lebih rapat dan mesra. Malah, jika anda mampu menyusukan secara ekslusif selama enam bulan, tidak mustahil boleh meneruskan sehingga usia anak 2 tahun.

KEBAIKAN SUSU IBU
  1. Susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit yang mampu melindungi bayi daripada kebanyakan penyakit seperti serangan virus berbahaya. Terutamanya dalam kolostrum susu yang akan keluar pada hari pertama hingga ketiga kelahiran.
  2. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko alahan.
  3. Susu ibu mempunyai kandungan yang mencukupi mengikut suhu persekitaran.
  4. Menggalakkan tumbesaran yang normal pada bayi.
  5. Penghadaman yang mudah kerana susu ibu diciptakan untuk sistem pencernaan manusia.
  6. Mengelakkan berlakunya kekurangan nutrien kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi baru lahir hingga enam bulan.
  7. Dapat mengekang masalah ortodontik dan kerosakan gigi kerana penyusuan susu ibu tidak melibatkan puting tiruan dan kandungan gula berlebihan.
  8. Penyusuan susu ibu kepada bayi memberikan perkembangan intelek dan IQ yang lebih tinggi.
  9. Penyusuan susu meningkatkan rembesan hormon oxytocin juga membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim ibu.
  10. Boleh mengurangkan risiko tumpah darah kepada ibu selepas bersalin dan aliran keluar darah nifas lebih singkat.
  11. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari kepada ibu.
  12. mengeratkan hubungan dan ikatan antara ibu dan anak menerusi sentuhan kulit ke kulit dan eye contact semasa proses penyusuan secara semula jadi.
  13. Penyusuan susu ibu menjimatkan masa penyediaaan susu dan kos.
  14. Ia mudah dan tidak memerlukan persediaan yang rumit.
  15. Penyusuan susu ibu secara ekslusif pada tiga bulan pertama akan membantu menjarakkan kelahiran.
  16. Penyusuan susu ibu juga mengelakkan bengkak payudara pada ibu selepas proses kelahiran bayi.
  17. Anak yang menyusu susu ibu tidak mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit seperti dibetes, paru-paru berair dan jangkitan pada telinga.
  18. Penyusuan susu ibu juga boleh mengelakkan jangkitan bakteria pada usus bayi yang boleh mengakibatkan cirit birit atau muntah.
  19. Susu ibu mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mudah diserap dan digunakan sepenuhnya oleh si manja.
  20. Kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi ditentukan olehnya sendiri. Bayi akan menyusu apabila lapar dan berhenti sendiri setelah kenyang seiring dengan pertambahan usianya. 
  21. Penyusuan susu ibu kepada bayi secara psikologinya menjadikan emosi ibu lebih tenang dan damai.
Ok...ini je dulu...insyaallah Azie akan kongsikan lagi tentang penyusuan susu ibu ini...

Kepada ibu-ibu dan bakal ibu-ibu di luar sana yang ingin menyusukan si manja anda secara ekslusif tetapi menghadapi masalah kekurangan susu seterusnya kekurangan stok susu untuk si manja...apa kata anda mengambil SET PENYUSUAN 3M daripada SHAKLEE untuk mendapatkan hasil perahan yang optimum.  

TETAPI......harus diingat, pengambilan supplemen tidak membanyakkan susu sebaliknya konsep "demand vs supply" yang memainkan peranan untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Fauziah azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page: luvlymumvitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com

*COD bagi kawasan Seremban,Senawang dan kawasan sekitarnya.



0 comments:

Post a Comment