This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday 28 April 2014

TIPS PENYUSUAN - 10 PERSEDIAAN Jayakan Penyusuan SUSU IBU

Ramai wanita hamil menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semula jadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, anda berkemungkinan gagal menepati sasaran menyusukan bayi seperti yang diimpi. 

10 persediaan yang anda perlu tahu adalah :

1. NIAT DAN AZAM
Kedua-dua aspek ini sama penting dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Niat    dan azam yang ditanam tidak akan mudah goyah jika anda mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap. Segala cabaran dapat anda atasi kelak, anda lebih mengutamakan niat dan azam berbanding lainnya. 

2. CARI MAKLUMAT
Sepanjang hamil, dapatkan maklumat berkaitan sebanyak mungkin agar dapat membantu anda memahami konsep penyusuan susu ibu dengan baik. Salah satu konsep asas yang perlu anda ketahui ialah sekerap mungkin payu dara dikosongkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Tambahkan ilmu dengan mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, laman web, blog, forum, ibu-ibu yang berpengalaman mahupun perbincangan dengan kounselar laktasi bertauliah. 

3. AMAL PEMAKANAN SIHAT
Pemakanan sihat perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan semasa anda menyusukan bayi kelak. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Selang-seli waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat. Dalam masa yang sama, pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin, dan lain-lain dalam kadar yang seimbang. Dengan cara sebegini, anda dapat memenuhi keperluan tubuh untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti buat bayi kelak.

4.KELAS PENYUSUAN SUSU IBU
Adalah satu langkah yang sangat bijak jika anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil lagi. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma. Selain daripada itu, anda juga boleh memilih kelas berbayar di mana kebanyakannya dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baiknya hadiri kelas berkenaan bersama-sama suami supaya dia juga boleh memahami konsep penyusuan susu ibu. Dengan yang demikian, anda sudah pasti mendapat sokongan penuh daripadanya yang sangat berguna ketika anda berhadapan dengan cabaran-cabaran di masa akan datang. 

5. HOSPITAL BERSALIN PILIHAN
Hal ini perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha secara ekslusif. Antara lain, sebelum melahirkan, bincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya nanti. 

6. DAPATKAN SOKONGAN
Kongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bersama suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan juga hasrat anda untuk mendapat sokongan sepenuhnya daripada mereka. Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama, bersama-sama lengkapkan ilmu agar semua sedar dengan peranan masing-masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.

7. KELENGKAPAN PENYUSUAN SUSU IBU
Langkah untuk melengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda menyusukan bayi dengan lancar kelak perlu disediakan dengan sebaik-baiknya. Antara kelengkapan tersebut termasuklah coli penyusuan, pelapik payu dara, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Bagi yang bekerjaya, anda perlukan pam payudara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, peti sejuk dan sebagainya. 

8. KEBERSIHAN PUTING
Pada trimester akhir kehamilan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk kerap membersihkan puting payu dara. Setiap kali mandi, cuci puting dengan menggunakan tuala muka kecil yang direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Sewaktu mencuci, elakkan penggunaan sabun. Apabila puting dibersihkan, ia tidak lagi tersumbat dan memudahkan pengaliran kolostrum buat pertama ksali selepas bayi dilahirkan nanti. Pada masa yang sama, anda digalakkan untuk menarik keluar puting secara lembut dan menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat rambut secara perlahan-lahan. 

9. KENALI PAYU DARA 
Mengenali payu dara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika ia  tenggelam, sejak dari awal anda akan dapat mengambil langkah penyelesaiaan masalah. Bagi mengenal pasti bentuk payu dara, adakah normal atau tenggelam, apa yang perlu anda lakukan adalah menekan puting payu dara dengan tapak tangan selama dua minit. Kemudian, lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, itu beerti payu dara anda normal. Jika tiada apa-apa perubahan selepas lama menunggu, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam. 

10. YAKIN DIRI SENDIRI
Sikap positif dan yakin pada diri sendiri amat penting dalam memastikan usaha menjayakan penyusuan susu ibu mencapai matlamatnya. Sentiasa percaya pada diri sendiri bahawa anda mampu menyusukan bayi sejurus selepas dia lahir. Pedulikan kata-kata negatif yang boleh mengganggu usaha anda itu. Ingat selalu, pengeluaran susu ibu adalah berasakan konsep pemintaan dan penawaran. Jadi, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahirannya. fahami juga bahawa pada awal kelahiran bayi hanya mendapat koostrum. Selepas hari ketiga, barulah susu matang berupaya dikeluarkan. Jadi, keraplah susukan bayi dan sentiasa positif bahawa susu anda cukup untuk keperluannya. 

SELAMAT MENCUBA!!

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

** COD AREA : Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya. 

Sunday 27 April 2014

TESTIMONI - MAMA RELAKTASI dengan SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE

Selamat pagi...

Ha...inilah dia Set Penyusuan 3M yang mama saya consume.
Mama cakap saya ni kuat menyusu. Yelah...susu ibu kan sedap dan banyak khasiat. 
Masa umur saya 1 tahun, susu mama mula merudum. Sebab tu mama cari supplemen untuk menambahkan susu nak bagi saya kenyang dan tidur lena di malam hari. Memang saya kenyang sesangat bila mama consume Set Penyusuan 3M ni sebab susu mama makin banyak dan pekat, lemak berkrim disukai ramai. hehehe!!!

Sebulan selepas tu, mama mengandungkan adik. Mama cakap mungkin penangan ESP yang sungguh sedap tu. Lagipun ESP ni banyak khasiat dan manfaatnya. Mama pun berhenti mengambil ALFALFA semasa mengandung. Mama mula bagi saya susu dumex dugro dan mengurangkan mengepam susu dan direct bf. Sebabnya mama cakap mama tak larat nak supply susu masa mama mengandung dan nak saya bercerai susu. Semua stok EBM dalam peti sejuk mama habiskan.

Tetapi, masa kandungan mama masuk 9 minggu, mama keguguran. huhuhu!!! Selama 2 minggu mama berpantang. Masa dalam pantang mama cakap mama telah berfikir dan membuat satu keputusan yang drastik.

Keputusan drastik yang mama buat ialah mama menyambung semula penyusuan saya. Mama nak menyusukan saya sehingga saya berusia 2 tahun. Oleh itu, mama mula melakukan semula rutin mengepam susu, direct bf saya sekerap yang mungkin dan menyambung semula pengambilan ALFALFA secara konsisten. Alfalfa inilah yang memekatkan susu mama sementara ESP yang merupakan protein adalah komposisi utama dalam susu mama. 

Alhamdulillah susu mama kembali banyak macam dulu. Mama cakap rezeki saya untuk mendapatkan susu ibu sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun. horey!!! Tq mama. Kini umur saya dah 1 tahun 4 bulan. Mama cakap ada 8 bulan lagi untuk saya fully bf mama. Mama suruh doakan supaya susu mama sentiasa banyak dan mencukupi untuk keperluan saya. 

Mama ada bagitau Set Penyusuan 3M yang mengandungi ALFALFA, VITAMIN C, B COMPLEX, ESP, OSTEMATRIX dan VITA LEA membantu mama untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif. Alhamdulillah.

Kawan-kawan yang nak dapatkan khasiat susu ibu macam saya, bolehlah cadangkan mama kawan-kawan consume Set Penyusuan 3M ni. Saya dah dapat khasiat yang terbaik daripada susu ibu, sebab mama sayangkan saya. Terima kasih mama. LOVE U SO MUCH!

Terima kasih anak mama, NUR HANA FARZANA BINTI KAMAL kerana memberi peluang kepada mama untuk menyusukan Hana sehingga kini. Mama akan memberikan yang terbaik untuk Hana. LOVE U TOO! Muah...muah...muah!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak dapatkan produk Shaklee yang semestinya berkesan? Jangan malu jangan segan untuk hubungi Azie. Azie akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Senawang Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.





Saturday 26 April 2014

TIPS PENYUSUAN - Kenali POSISI Penyusuan Anda

Dalam menyusukan bayi, salah satu faktor yang perlu dititikberatkan ialah POSISI penyusuan. Dengan melaksanakan posisi yang betul, ia dapat membantu anda melancarkan seterusnya menjayakan proses penyusuan. 

Secara amnya, anda perlu tahu bahawa setiap kali sesi penyusuan berlangsung, KEPALA, TENGKUK dan BADAN bayi perlu berada dalam keadaan selari. MUKAnya pula perlu menghadap payu dara. HIDUNG pula perlu bertentangan dengan puting payu dara anda. Ketahui juga, bahawa bayi perlu rapat dengan anda, PERUTnya bertemu dengan perut anda. Antara lain, KEPALA, BAHU dan PUNGGUNG bayi perlu diampu dengan sebaik-baiknya. Dalam masa yang sama, anda dinasihatkan tidak perlu membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. 

JENIS-JENIS POSISI :

1. CRADLE HOLD
Posisi dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para ibu menyusu ketika menyusukan bayi masing-masing. Ia sememangnya sangat selesa buat diri anda sendiri dan bayi yang disusukan juga. Posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu. Oleh itu, anda tidak perlu memusingkan kepala bayi untuk menyusukannya.


2. CROSS CRADLE HOLD
Melalui posisi ini, bayi akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda. Jika bayi menyusu di payu dara kiri, bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu oleh lengan kanan anda. Tapak tangan anda pula akan mengampu kepala bayi. Selain itu, badan bayi juga boleh disokong dengan menggunakan bantal menyusu.


Posisi ini amat sesuai untuk para ibu yang mempunyai saiz payu dara yang agak besar. 

3. FOOTBALL HOLD
Posisi seperti ini memerlukan sokongan tambahan iaitu bantal menyusu bagi menyokong bayi agar dia kekal selesa. Bantal berkenaan perlu diletakkan dibahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payu dara. Kemudian anda perlu posisikan tubuh bayi di bawah lengan, pegang kepalanya dan halakan mulut bayi ke payu dara. 


Posisi ini sesuai dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan bayi secara caeserean, yang memiliki payu dara besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi bersaiz kecil, yang menyusukan anak kembar mereka pada waktu serentak.

4. LYING DOWN
Posisi menyusukan bayi secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda mahupun bayi berasa letih. Ia amat selesa. Jika anda melahirkan bayi secara pmbedahan caesarean, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi. Lakukannnya dengan menyokong kepala bayi dengan lengan ketika anda berbaring. 


5. TANDEM
Lazimnya, posisi ini diamalkan oleh mana-mana ibu menyusu yang mempunyai anak kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua orang anak dalam satu masa. Walaubagaimanapun, posisi yang sama juga boleh anda aplikasikan jika masih mempunyai anak yang lebih berusia untuk menyusu bersama bayi kecil pada waktu yang sama. 


## SENDAWAKAN BAYI
Adalah penting untuk anda sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Ini kerana dibimbangi bayi termuntah susu. Caranya ialah anda perlu meletakkan bayi di bahu anda. Kemudian, gosok atau tepuk perlahan-lahan bahagian belakang badannya.

Ini diantara tips-tips posisi penyusuan yang boleh membantu anda menyusukan bayi anda dengan selesa. 
SELAMAT MENCUBA!

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gamil.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

Wednesday 23 April 2014

TIPS PENYUSUAN - MANFAAT Penyusuan Susu Awal

Dah baca ke post Azie sebelum ni? Berkaitan " SEJAM PERTAMA YANG PENTING!" ?
Kalau dah baca Alhamdulillah. Moga dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu yang baru bergelar ibu dan bakal-bakal ibu.

Kali ni Azie nak bagi tips lagi berkaitan "MANFAAT PENYUSUAN SUSU AWAL".

Jom baca tentangnya :
  • Membina sistem imunisasi tubuh bayi menerusi kolostrum yang mengandungi Vitamin A dan antibodi yang tinggi.
  • Merapatkan hubungan antara ibu dan  bayi.
  • Mengurangkan risiko kepada ibu daripada mendapat kanser payu dara dan rahim.
  • Membantu dalam proses pengecutan rahim bagi mengelak masalah tumpah darah selepas bersalin.
  • Menghindar atau mengurangkan masalah bengkak susu apabila susu matang mula terhasil.
  • Penyusuan kolostrum di peringkat awal akan mengurangkan masalah jaundis kerana bilirubin dalam darah dikeluarkan oleh badan bayi melalui sistem penghadaman dengan mudah.
  • Ransangan untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20-30 minit selepas kelahiran. Hisapan pada peringkat awal akan menjamin kejayaan penyusuan susu ibu diperingkat seterusnya.
Untuk ibu-ibu diluar sana, sekiranya anda ingin menyusukan bayi anda secara ekslusif dan sehingga bayi berumur 2 tahun, anda seharusnya menanam niat tersebut dari awal kandungan lagi. Insyaallah apa yang ada inginkan itu dipermudahkan oleh Allah. Banyakkan mendapat maklumat-maklumat berkaitan penyusuan bagi menyiapkan diri anda dan menambah pengetahuan berkaitan penyusuan susu ibu.

Azie doakan semoga anda ibu-ibu di luar sana berjaya dalam melaksanakan MISI penyusuan anda!.

Fauziah Azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Senawang Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

TIPS PENYUSUAN : Titisan Emas KOLOSTRUM

Umum mengetahui betapa istimewanya susu ibu yang mengandungi antibodi bagi melindungi bayi. Pada awal kelahiran, susu yang keluar adalah pekat dan bewarna kekuningan yang dinamakan sebagai KOLOSTRUM. Ia merupakan imunisasi pertama untuk bayi. Sayang sekali jika KOLOSTRUM yang wujud hanya untuk beberapa hari selepas kelahiran tidak diberi kepada si manja.


Ketahuilah, biarpun kuantiti KOLOSTRUM adalah sedikit namun ia cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Saiz perut bayi baru lahir kecil iaitu sebesar sebiji guli. Jadi, dia tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak pada hari-hari awal selepas kelahirannya.

KOLOSTRUM merupakan makanan sempurna bagi bayi. Ia mengandungi kandungan protein, vitamin A dan E yang lebih tinggi berbanding susu matang.

KOLOSTRUM juga mengandungi faktor pertumbuhan yang membantu mematangkan usus dan mencegah alahan. Jika makanan lain seperti susu formula atau air kosong diberi kepada bayi terlebih dahulu sebelum KOLOSTRUM, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan serta penyakit lain.

Jangan sesekali tertipu dengan anggapan bahawa susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana KOLOSTRUM yang dihasilkan sangat menncukupi. Bagi mempercepatkan penghasilan susu matang, anda hanya perlu kerap menyusukan bayi, memastikan posisi penyusuan yang betul dan pada masa yang sama dapatkan khidmat urutan daripada badan terlatih. Proses urutan yang dilakukan dapat membuka liang susu yang mungkin tersumbat sekaligus melancarkan aliran susu. 

BERSAMA-SAMA KITA MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF !


Fauziah azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page:Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com

  **COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

Thursday 17 April 2014

TIPS PENYUSUAN - Sejam Pertama Yang Penting !


Sejam pertama penuh bermakna. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk menyusukan si manja buat pertama kalinya.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, anda seharusnya diberi peluang untuk memegang erat bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi, sekurang-kurangnya 10 minit dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran berupaya mengeratkan hubungan anda berdua. Malah, sentuhan yang sama menjadi langkah penting untuk anda memulakan proses pengeluaran susu. Ketika ini, bayi akan mencari payudara dan memberi tindak balas dengan menghisap payudara. Tindakan ini dinamakan sebagai rooting reflex.

Menyusukan bayi secepat mungkin dalam tempoh satu jam selepas kelahiran sememangnya penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang lancar. Ia juga merupakan langkah bijak untuk anda merealisasikan impian penyusuan susu ibu di masa akan datang. Oleh yang demikian, beritahu dan nyatakan hasrat anda kepada doktor dan jururawat di bilik bersalin agar segera menyerahkan bayi sebaik dia dilahirkan untuk disusukan. 

Kajian menunjukkan bayi baru lahir yang mendapat sentuhan awal daripada ibu cepat belajar untuk melekap dengan lebih efektif berbanding bayi yang terpisah daripada ibunya dalam masa satu jam selepas lahir. Ketahuilah, SEJAM PERTAMA ini adalah masa di mana bayi berada dalam keadaan waspada dan tenang. Jadi, dia mudah berinteraksi dengan anda. Matanya yang terbuka luas membolehkan dia mencari dengan penuh minat payudara. 

Pemerhatian yang dilakukan oleh pakar laktasi mendapati bayi baru lahir akan berusaha bergerak menuju ke arah payudara. Biasanya dia mencapai sasaran itu dengan bantuan yang minima. 

Oleh itu, beri sepenuh perhatian kepada bayi dalam tempoh masa berharga ini. Renung wajah dan berbual-bual dengannya agar dia boleh mendengar secara langsung suara yang pernah didengarinya di alam rahim. Dakap dia agar berlaku sentuhan kulit ke kulit, perut ke perut dan pipinya ke payudara. Untuk memastikan dia selesa, selimuti tubuhnya. Jangan khuatir kerana suhu tubuh anda memadai untuk menghangatkannya. 

PERMATA HATI SAYA YANG PERTAMA - LAHIR PADA 24/9/2010 DI KPJ SEREMBAN SEBERAT 3.14KG - DIBERIKAN SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR 1 TAHUN 8 BULAN





Fauziah azie
Sms/whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

** COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

TIPS PENYUSUAN -TIPS Untuk Menjayakan Proses Penyusuan

Proses penyusuan merupakan aktiviti/perkara yang semulajadi, tetapi itu tidak bermakna ianya perkara yang mudah bagi mereka yang baru memulakannya terutama bagi mereka yang baru pertama kali bergelar IBU. Disini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menjadikan proses penyusuan lebih mudah atau dengan kata lain menjayakan proses penyusuan =).

Antara TIPS yang boleh anda amalkan untuk menjayakan proses penyusuan kepada si manja anda :




Wednesday 16 April 2014

ATASI MASALAH Susu Badan Berkurangan Dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE

Adakah anda diantara ibu-ibu yang mengalami situasi seperti di bawah? 
  1. Masalah penyusuan?
  2. Anak sering menangis dan kerap berjaya di waktu malam?
  3. Runsing susu makin berkurangan?
  4. Nak susukan anak sehingga berumur 2 tahun?
  5. Tak nak bagi susu formula?
  6. Harga susu formula semakin mahal?
  7. Nak anak mendapat kebaikan sepenuhnya daripada susu ibu?
Semua masalah di atas boleh diatasi dengan SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE iaitu set penyusuan lengkap yang merangkumi semua nutrisi yang diperlukan oleh badan bagi menyokong penyusuan anda. 



TAHUKAH ANDA ?
Semua masalah diatas berkait rapat dengan 3 perkara iaitu konsep asas penyusuan, emosi/psikologi ibu dan kesihatan badan ibu.

1. KONSEP ASAS PENYUSUAN
Ibu perlu mengosongkan payudara samada dengan mengepam ataupun dengan menyusu secara terus mengikut permintaan anak. Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan. Konsep supply vs demand  yang amat penting dalam proses penyusuan.

2. EMOSI/PSIKOLOGI IBU
Peranan ibu sangat penting dalam memastikan emosi sentiasa stabil keran ianya mempengaruhi hormon penyusuan iaitu prolaktin dan oksitosin. Emosi yang terganggu akan menyebabkan hormon penyusuan terganggu seperti tekanan di tempat kerja. Salah satu cara untuk mengelakkan emosi terganggu ialah dengan melihat gambar-gambar si manja kita. Secara automatik ia akan merangsang pengeluaran susu ibu.

3. KESIHATAN BADAN IBU
Bagi ibu yang berkerjaya, kepenatan memang amat dirasai. Apa tidaknya, tugas seharian yang perlu diteruskan setelah pulang ke rumah. Memasak, melayan suami dan anak-anak, mengemas rumah dan sebagainya. Ini memang mengganggu dan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Oleh itu, para ibu memerlukan sokongan daripada vitamin atau supplemen bagi mengembalikan tenaga untuk mengepam dan menyusukan simanja.

Bagi  membantu para ibu mengatasi masalah susu merudum, SET PENYUSUAN 3M Shaklee adalah penyelesaiannya.


Jangan terperanjat kalau tengok dalam set ni ade 6 jenis vitamin untuk diambil. Ada jadual pengambilannya. Takde la makan sekaligus. Nak jadual tu kenalah dapatkan dulu Set Penyusuan 3M ni daripada Azie. Jadual Ekslusif hanya untuk pelanggan Azie sahaja. Insyaallah Azie akan consult anda.

##Jom jadi ahli untuk mendapatkan DISKAUN yang memang menjimatkan untuk pembelian setiap produk dan BONUS sehingga 21% daripada Shaklee.

Fauziah Azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page: Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.



Tuesday 15 April 2014

10 KEPENTINGAN KALSIUM Yang Anda Mesti Tahu

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

10 KEPENTINGN KALSIUM YANG ANDA MESTI TAHU :
 

1) Menguatkan Tulang
Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.


2) Mencegah Obesiti
 Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3) Melindungi Otot Jantung
Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4) Mengelakkan Kanser Kolon
Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5) Mencegah Blues Pra-haid
Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6) Mencegah Batu Karang
Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7) Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8) Kawalan Tekanan Darah
Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

9) Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat
Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10) Membantu Pengangkutan Nutrien
Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

KALSIUM Pilihan Saya?- Pastinya OSTEMATRIX SHAKLEE 
Kenapa OSTEMATRIX SHAKLEE ?- Kerana Ostematrix Shaklee bukan sahaja mengandungi KALSIUM, malahan turut mengandungi MAGNESIUM & VITAMIN D UNTUK PENYERAPAN KALSIUM YANG OPTIMUM.

Jom join ahli untuk mendapatkan DISKAUN yang memang menjimatkan untuk pembelian setiap produk dan BONUS sehingga 21% daripada Shaklee. 

Fauziah azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB page: Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya. 

OSTEMATRIX SHAKLEE - Siapa Yang Perlukan Dan Apa Bezanya Dengan KALSIUM LAIN


Siapa yang perlukan Ostematrix atau Kalsium SHAKLEE ni ?


1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
2. Mereka yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.7. Mereka yang mempunyai masalah pecah-pecah di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

Ramai yang beranggapan semua pil suplemen sama sahaja. Begitu juga apabila bercakap tentang sumber kalsium. Ramai yang menganggap semua kalsium adalah sama.

Sama ke Ostematrix SHAKLEE dengan pil kalsium lain di luar sana?
Jawapannya TIDAK.

Kalsium, terutama pil kalsium adalah BERBEZA antara satu sama lain.
Pil-pil kalsium terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate dan sebagainya.

Itupun, pil kalsium sahaja tidak cukup kerana ia memerlukan Vitamin D untuk PENYERAPAN.

KALSIUM + VITAMIN D = TULANG dan GIGI YANG KUAT
==>>> masih tak cukupppp

KERANA tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain.

Oleh itu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen.

Dan kerana itulah kita perlukan Ostematrix ;-))

Ha...dah fahamkan tentang Ostematrix Shaklee ni. Apa lagi..sempena bulan PROMOSI OSTEMATRIX BUY 6 FREE 1, jom la kita rembat banyak-banyak Ostematrik ni. Untuk kesihatan kita juga. Berbaloi-baloi.

Jom jadi ahli untuk mendapatkan DISKAUN yang memang menjimatkan untuk setiap pembelian produk dan BONUS sehingga  21% daripada Shaklee.

Fauziah Azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page: Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

Friday 11 April 2014

Nak Jadi Ahli Shaklee ?

Di bawah ialah Soalan Yang Sering Ditanya oleh mereka yang berminat untuk menjadi Ahli Shaklee atau pengedar Shaklee.


Bagaimana Cara Nak Mendaftar?

Ada 2 cara untuk mendaftar sebagai agen Shaklee :

1) Pembayaran sebanyak RM65 (untuk kos memberkit) + RM10 (Semenanjung)/ RM20 (Sabah&Sarawak) untuk caj kurier oleh GDEX/ CITY-LINK. Memberkit akan dikurier oleh pihak Shaklee terus kepada anda.
2) KEAHLIAN PERCUMA dengan pembelian bernilai 200UV atau lebih kurang RM650.

Perlukah Maintain Point?


Jika anda berniat untuk makan sendiri, jadi tidak perlulah maintain point. Tetapi jika anda ingin berniaga, memang ada point tertentu yang harus dikekalkan setiap bulan bagi melayakkan anda menerima BONUS.


Perlu Ke Beli Barang Setiap Bulan Untuk Mengaktifkan Keahlian?


Tidak perlu. Tetapi keahlian akan mati secara automatik jika tidak ada lansung pembelian dibuat dalam masa 18 bulan (1 tahun setengah).


Apa Kelebihan Menjadi Ahli?


1) Dapat beli barang dengan harga ahli dan dapat point bagi setiap barang yang anda beli. Jika point anda melepasi kelayakan yang ditentukan oleh Shaklee, maka anda layak menerima BONUS.


2) Jika anda serious ingin berniaga, anda berpeluang untuk menjana pendapatan 4-5-6 angka. Shaklee juga menawarkan Bonus Peribadi, Bonus Kumpulan, Bonus Kepimpinan Paras 1 hingga Paras 6, Bonus Kereta dan Insentif Khas Koordinator.


3) Shaklee juga menawarkan peluang percutian percuma 6 bintang di dalam, luar negara dan umrah.



Jom join ahli untuk mendapatkan DISKAUN yang menjimatkan untuk pembelian setiap produk dan BONUS sehingga 21% daripada Shaklee.   


Fauziah azie

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

* COD bagi kawasan Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawangm Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

Thursday 10 April 2014

Set Penyusuan 3M Shaklee - BANYAKKAN SUSU Untuk Si Manja

Salam kepada pembaca semua..

Kali ini Azie nak cerita tentang SET PENYUSUAN  3M..
Ramai ibu-ibu di luar sana sering menyatakan "susu tiada,", "dah kering", "susahlah nak perah kalau dah mula bekerja", "bagi FM je la.. lagi senang" ....
Sekiranya anda diluar sana seorang ibu yang ingin menyusukan si manja secara exclusif sehingga si manja berumur 2 tahun dan merasakan betapa pentingnya memberi susu ibu kepada si manja, tetapi risau dengan kata-kata di atas, SET PENYUSUAN 3M dapat membantu untuk anda merealisasikan impian anda itu!!!
TETAPI>>> ANDA HARUS FAHAM VITAMIN BUKAN UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU TETAPI BERFUNGSI UNTUK MEMASTIKAN TUBUH IBU SENTIASA SIHAT, BERTENAGA , CERIA DAN BERSEMANGAT SETERUSNYA MAMPU MEMBEKALKAN SUSU IBU KEPADA SI MANJA.
Ini dia SET PENYUSUAN 3M yang mengandungi 6 jenis supplemen :

MARI KITA LIHAT FUNGSI SETIAP SUPPLEMEN :
VITA-LEA IRON FORMULA
  • Multivitamin yang lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Ada kajian mengatakan,    kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.

B-COMPLEX

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
  • Anti stress (sebagai penenang)
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
  • Menukarkan makanan (glukosa) kepada tenaga
  • Membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa(mood baik..)... so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
  • Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
VITAMIN C

  • Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. 
  • Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan Vitamin C. Mungkin tak perlukan ubat demam. 
  • Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik
  • Kulit juga jadi semakin bersih, cerah dan cantik.
ALFALFA

  • Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. 
  • Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. 
  • Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! 
  • Ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!)
  • Bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).
 
ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

  • Memberi tenaga
  • Membantu melancarkan penghasilan susu
  • Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
  • Mencantikkan kulit si ibu
  • Membantu kawal paras kolesterol
  • Memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama
  • Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
 OSTEMATRIX

  • Kalsium Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. 
  • Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
  • Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.

Berminat untuk mendapatkan SET PENYUSUAN 3M? Apa lagi...cepat-cepat hubungi Azie. Jangan tunggu lama-lama. 

Jom join ahli untuk mendapatkan DISKAUN yang menjimatkan untuk pembelian setiap produk dan BONUS sehingga 21% daripada Shaklee.  


Fauziah azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page: Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com

* COD bagi kawasan Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawangm Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

Wednesday 9 April 2014

Produk Shaklee Memang Diyakini Terbukti Dan First Class!!

Masuk hari ni dah empat bulan saya menggunakan produk shaklee dan saya masih setia menggunakan Produk Shaklee dan menjadi pengedar sah produk Shaklee di Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia. 


Pada awalnya saya menggunakan SET PENYUSUAN 3M dan SET KECANTIKAN LENGKAP. Baru 3 hari consume Set Penyusuan Lengkap memang terbukti berkesan apabila susu menjadi pekat dan banyak. Alhamdulillah. Kulit muka pun dah makin lembap, jerawat pun dah kurang, lubang-lubang bekas jerawat pun dah makin kecil, dan bonus yang saya dapat ialah tumit kaki dah tak merekah lagi, siku pun dah makin cerah dan lembut dan pastinya badan makin sihat.



Kini saya memberikan MEALSHAKE pula untuk simanja saya yang berumur 4 tahun. Suami pula consume LECITHIN dan OMEGA GUARD untuk menurunkan berat badan. Manakala ayah pula mengambil SET SENDI iaitu ADVANCED JOINT HEALTH TABLET dan OSTEMATRIX. Kira satu keluarga lah pengguna produk Shaklee ni.

Kenapa saya berat hati nak tukar produk Shaklee kepada produk lain?. Mana nak cari produk yang menjalani leibh 80,000 ujian termasuk ujian klinikal, terbukti 100% semulajadi, selamat, produk shaklee di Malaysia semuanya halal, set kecantikan shaklee berdasarkan plant-based, tiada bahan kimia, memang dijaga kualiti khasiatnya dan macam-macam lagi. Rugilah kalau orang tak betul-betul faham akan produk Shaklee ni. 

Anda diluar sana berminat nak menggunakan produk Shaklee ni? Ha...apa tunggu lagi, jom cepat-cepat hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang produk Shaklee ni.

 Jom join ahli Shaklee untuk mendapatkan DISKAUN yang menjimatkan untuk setiap pembelian produk dan BONUS sehingga 21% daripada Shaklee. 

Fauziah  azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com
FB Page: Luvlymum vitamins

** COD AREA : Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.