Wednesday 23 April 2014

TIPS PENYUSUAN : Titisan Emas KOLOSTRUM

Umum mengetahui betapa istimewanya susu ibu yang mengandungi antibodi bagi melindungi bayi. Pada awal kelahiran, susu yang keluar adalah pekat dan bewarna kekuningan yang dinamakan sebagai KOLOSTRUM. Ia merupakan imunisasi pertama untuk bayi. Sayang sekali jika KOLOSTRUM yang wujud hanya untuk beberapa hari selepas kelahiran tidak diberi kepada si manja.


Ketahuilah, biarpun kuantiti KOLOSTRUM adalah sedikit namun ia cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Saiz perut bayi baru lahir kecil iaitu sebesar sebiji guli. Jadi, dia tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak pada hari-hari awal selepas kelahirannya.

KOLOSTRUM merupakan makanan sempurna bagi bayi. Ia mengandungi kandungan protein, vitamin A dan E yang lebih tinggi berbanding susu matang.

KOLOSTRUM juga mengandungi faktor pertumbuhan yang membantu mematangkan usus dan mencegah alahan. Jika makanan lain seperti susu formula atau air kosong diberi kepada bayi terlebih dahulu sebelum KOLOSTRUM, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan serta penyakit lain.

Jangan sesekali tertipu dengan anggapan bahawa susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana KOLOSTRUM yang dihasilkan sangat menncukupi. Bagi mempercepatkan penghasilan susu matang, anda hanya perlu kerap menyusukan bayi, memastikan posisi penyusuan yang betul dan pada masa yang sama dapatkan khidmat urutan daripada badan terlatih. Proses urutan yang dilakukan dapat membuka liang susu yang mungkin tersumbat sekaligus melancarkan aliran susu. 

BERSAMA-SAMA KITA MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF !


Fauziah azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page:Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com

  **COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

0 comments:

Post a Comment