Thursday 17 April 2014

TIPS PENYUSUAN - Sejam Pertama Yang Penting !


Sejam pertama penuh bermakna. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk menyusukan si manja buat pertama kalinya.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, anda seharusnya diberi peluang untuk memegang erat bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi, sekurang-kurangnya 10 minit dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran berupaya mengeratkan hubungan anda berdua. Malah, sentuhan yang sama menjadi langkah penting untuk anda memulakan proses pengeluaran susu. Ketika ini, bayi akan mencari payudara dan memberi tindak balas dengan menghisap payudara. Tindakan ini dinamakan sebagai rooting reflex.

Menyusukan bayi secepat mungkin dalam tempoh satu jam selepas kelahiran sememangnya penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang lancar. Ia juga merupakan langkah bijak untuk anda merealisasikan impian penyusuan susu ibu di masa akan datang. Oleh yang demikian, beritahu dan nyatakan hasrat anda kepada doktor dan jururawat di bilik bersalin agar segera menyerahkan bayi sebaik dia dilahirkan untuk disusukan. 

Kajian menunjukkan bayi baru lahir yang mendapat sentuhan awal daripada ibu cepat belajar untuk melekap dengan lebih efektif berbanding bayi yang terpisah daripada ibunya dalam masa satu jam selepas lahir. Ketahuilah, SEJAM PERTAMA ini adalah masa di mana bayi berada dalam keadaan waspada dan tenang. Jadi, dia mudah berinteraksi dengan anda. Matanya yang terbuka luas membolehkan dia mencari dengan penuh minat payudara. 

Pemerhatian yang dilakukan oleh pakar laktasi mendapati bayi baru lahir akan berusaha bergerak menuju ke arah payudara. Biasanya dia mencapai sasaran itu dengan bantuan yang minima. 

Oleh itu, beri sepenuh perhatian kepada bayi dalam tempoh masa berharga ini. Renung wajah dan berbual-bual dengannya agar dia boleh mendengar secara langsung suara yang pernah didengarinya di alam rahim. Dakap dia agar berlaku sentuhan kulit ke kulit, perut ke perut dan pipinya ke payudara. Untuk memastikan dia selesa, selimuti tubuhnya. Jangan khuatir kerana suhu tubuh anda memadai untuk menghangatkannya. 

PERMATA HATI SAYA YANG PERTAMA - LAHIR PADA 24/9/2010 DI KPJ SEREMBAN SEBERAT 3.14KG - DIBERIKAN SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR 1 TAHUN 8 BULAN





Fauziah azie
Sms/whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

** COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

0 comments:

Post a Comment