Wednesday 23 April 2014

TIPS PENYUSUAN - MANFAAT Penyusuan Susu Awal

Dah baca ke post Azie sebelum ni? Berkaitan " SEJAM PERTAMA YANG PENTING!" ?
Kalau dah baca Alhamdulillah. Moga dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu yang baru bergelar ibu dan bakal-bakal ibu.

Kali ni Azie nak bagi tips lagi berkaitan "MANFAAT PENYUSUAN SUSU AWAL".

Jom baca tentangnya :

  • Membina sistem imunisasi tubuh bayi menerusi kolostrum yang mengandungi Vitamin A dan antibodi yang tinggi.
  • Merapatkan hubungan antara ibu dan  bayi.
  • Mengurangkan risiko kepada ibu daripada mendapat kanser payu dara dan rahim.
  • Membantu dalam proses pengecutan rahim bagi mengelak masalah tumpah darah selepas bersalin.
  • Menghindar atau mengurangkan masalah bengkak susu apabila susu matang mula terhasil.
  • Penyusuan kolostrum di peringkat awal akan mengurangkan masalah jaundis kerana bilirubin dalam darah dikeluarkan oleh badan bayi melalui sistem penghadaman dengan mudah.
  • Ransangan untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20-30 minit selepas kelahiran. Hisapan pada peringkat awal akan menjamin kejayaan penyusuan susu ibu diperingkat seterusnya.
Untuk ibu-ibu diluar sana, sekiranya anda ingin menyusukan bayi anda secara ekslusif dan sehingga bayi berumur 2 tahun, anda seharusnya menanam niat tersebut dari awal kandungan lagi. Insyaallah apa yang ada inginkan itu dipermudahkan oleh Allah. Banyakkan mendapat maklumat-maklumat berkaitan penyusuan bagi menyiapkan diri anda dan menambah pengetahuan berkaitan penyusuan susu ibu.

Azie doakan semoga anda ibu-ibu di luar sana berjaya dalam melaksanakan MISI penyusuan anda!.

Fauziah Azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Senawang Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

0 comments:

Post a Comment