This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts

Monday, 28 April 2014

TIPS PENYUSUAN - 10 PERSEDIAAN Jayakan Penyusuan SUSU IBU

Ramai wanita hamil menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semula jadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, anda berkemungkinan gagal menepati sasaran menyusukan bayi seperti yang diimpi. 

10 persediaan yang anda perlu tahu adalah :

1. NIAT DAN AZAM
Kedua-dua aspek ini sama penting dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Niat    dan azam yang ditanam tidak akan mudah goyah jika anda mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap. Segala cabaran dapat anda atasi kelak, anda lebih mengutamakan niat dan azam berbanding lainnya. 

2. CARI MAKLUMAT
Sepanjang hamil, dapatkan maklumat berkaitan sebanyak mungkin agar dapat membantu anda memahami konsep penyusuan susu ibu dengan baik. Salah satu konsep asas yang perlu anda ketahui ialah sekerap mungkin payu dara dikosongkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Tambahkan ilmu dengan mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, laman web, blog, forum, ibu-ibu yang berpengalaman mahupun perbincangan dengan kounselar laktasi bertauliah. 

3. AMAL PEMAKANAN SIHAT
Pemakanan sihat perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan semasa anda menyusukan bayi kelak. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Selang-seli waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat. Dalam masa yang sama, pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin, dan lain-lain dalam kadar yang seimbang. Dengan cara sebegini, anda dapat memenuhi keperluan tubuh untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti buat bayi kelak.

4.KELAS PENYUSUAN SUSU IBU
Adalah satu langkah yang sangat bijak jika anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil lagi. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma. Selain daripada itu, anda juga boleh memilih kelas berbayar di mana kebanyakannya dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baiknya hadiri kelas berkenaan bersama-sama suami supaya dia juga boleh memahami konsep penyusuan susu ibu. Dengan yang demikian, anda sudah pasti mendapat sokongan penuh daripadanya yang sangat berguna ketika anda berhadapan dengan cabaran-cabaran di masa akan datang. 

5. HOSPITAL BERSALIN PILIHAN
Hal ini perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha secara ekslusif. Antara lain, sebelum melahirkan, bincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya nanti. 

6. DAPATKAN SOKONGAN
Kongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bersama suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan juga hasrat anda untuk mendapat sokongan sepenuhnya daripada mereka. Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama, bersama-sama lengkapkan ilmu agar semua sedar dengan peranan masing-masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.

7. KELENGKAPAN PENYUSUAN SUSU IBU
Langkah untuk melengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda menyusukan bayi dengan lancar kelak perlu disediakan dengan sebaik-baiknya. Antara kelengkapan tersebut termasuklah coli penyusuan, pelapik payu dara, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Bagi yang bekerjaya, anda perlukan pam payudara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, peti sejuk dan sebagainya. 

8. KEBERSIHAN PUTING
Pada trimester akhir kehamilan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk kerap membersihkan puting payu dara. Setiap kali mandi, cuci puting dengan menggunakan tuala muka kecil yang direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Sewaktu mencuci, elakkan penggunaan sabun. Apabila puting dibersihkan, ia tidak lagi tersumbat dan memudahkan pengaliran kolostrum buat pertama ksali selepas bayi dilahirkan nanti. Pada masa yang sama, anda digalakkan untuk menarik keluar puting secara lembut dan menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat rambut secara perlahan-lahan. 

9. KENALI PAYU DARA 
Mengenali payu dara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika ia  tenggelam, sejak dari awal anda akan dapat mengambil langkah penyelesaiaan masalah. Bagi mengenal pasti bentuk payu dara, adakah normal atau tenggelam, apa yang perlu anda lakukan adalah menekan puting payu dara dengan tapak tangan selama dua minit. Kemudian, lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, itu beerti payu dara anda normal. Jika tiada apa-apa perubahan selepas lama menunggu, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam. 

10. YAKIN DIRI SENDIRI
Sikap positif dan yakin pada diri sendiri amat penting dalam memastikan usaha menjayakan penyusuan susu ibu mencapai matlamatnya. Sentiasa percaya pada diri sendiri bahawa anda mampu menyusukan bayi sejurus selepas dia lahir. Pedulikan kata-kata negatif yang boleh mengganggu usaha anda itu. Ingat selalu, pengeluaran susu ibu adalah berasakan konsep pemintaan dan penawaran. Jadi, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahirannya. fahami juga bahawa pada awal kelahiran bayi hanya mendapat koostrum. Selepas hari ketiga, barulah susu matang berupaya dikeluarkan. Jadi, keraplah susukan bayi dan sentiasa positif bahawa susu anda cukup untuk keperluannya. 

SELAMAT MENCUBA!!

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

** COD AREA : Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya. 

Sunday, 27 April 2014

TESTIMONI - MAMA RELAKTASI dengan SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE

Selamat pagi...

Ha...inilah dia Set Penyusuan 3M yang mama saya consume.
Mama cakap saya ni kuat menyusu. Yelah...susu ibu kan sedap dan banyak khasiat. 
Masa umur saya 1 tahun, susu mama mula merudum. Sebab tu mama cari supplemen untuk menambahkan susu nak bagi saya kenyang dan tidur lena di malam hari. Memang saya kenyang sesangat bila mama consume Set Penyusuan 3M ni sebab susu mama makin banyak dan pekat, lemak berkrim disukai ramai. hehehe!!!

Sebulan selepas tu, mama mengandungkan adik. Mama cakap mungkin penangan ESP yang sungguh sedap tu. Lagipun ESP ni banyak khasiat dan manfaatnya. Mama pun berhenti mengambil ALFALFA semasa mengandung. Mama mula bagi saya susu dumex dugro dan mengurangkan mengepam susu dan direct bf. Sebabnya mama cakap mama tak larat nak supply susu masa mama mengandung dan nak saya bercerai susu. Semua stok EBM dalam peti sejuk mama habiskan.

Tetapi, masa kandungan mama masuk 9 minggu, mama keguguran. huhuhu!!! Selama 2 minggu mama berpantang. Masa dalam pantang mama cakap mama telah berfikir dan membuat satu keputusan yang drastik.

Keputusan drastik yang mama buat ialah mama menyambung semula penyusuan saya. Mama nak menyusukan saya sehingga saya berusia 2 tahun. Oleh itu, mama mula melakukan semula rutin mengepam susu, direct bf saya sekerap yang mungkin dan menyambung semula pengambilan ALFALFA secara konsisten. Alfalfa inilah yang memekatkan susu mama sementara ESP yang merupakan protein adalah komposisi utama dalam susu mama. 

Alhamdulillah susu mama kembali banyak macam dulu. Mama cakap rezeki saya untuk mendapatkan susu ibu sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun. horey!!! Tq mama. Kini umur saya dah 1 tahun 4 bulan. Mama cakap ada 8 bulan lagi untuk saya fully bf mama. Mama suruh doakan supaya susu mama sentiasa banyak dan mencukupi untuk keperluan saya. 

Mama ada bagitau Set Penyusuan 3M yang mengandungi ALFALFA, VITAMIN C, B COMPLEX, ESP, OSTEMATRIX dan VITA LEA membantu mama untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif. Alhamdulillah.

Kawan-kawan yang nak dapatkan khasiat susu ibu macam saya, bolehlah cadangkan mama kawan-kawan consume Set Penyusuan 3M ni. Saya dah dapat khasiat yang terbaik daripada susu ibu, sebab mama sayangkan saya. Terima kasih mama. LOVE U SO MUCH!

Terima kasih anak mama, NUR HANA FARZANA BINTI KAMAL kerana memberi peluang kepada mama untuk menyusukan Hana sehingga kini. Mama akan memberikan yang terbaik untuk Hana. LOVE U TOO! Muah...muah...muah!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak dapatkan produk Shaklee yang semestinya berkesan? Jangan malu jangan segan untuk hubungi Azie. Azie akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Senawang Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.





Saturday, 26 April 2014

TIPS PENYUSUAN - Kenali POSISI Penyusuan Anda

Dalam menyusukan bayi, salah satu faktor yang perlu dititikberatkan ialah POSISI penyusuan. Dengan melaksanakan posisi yang betul, ia dapat membantu anda melancarkan seterusnya menjayakan proses penyusuan. 

Secara amnya, anda perlu tahu bahawa setiap kali sesi penyusuan berlangsung, KEPALA, TENGKUK dan BADAN bayi perlu berada dalam keadaan selari. MUKAnya pula perlu menghadap payu dara. HIDUNG pula perlu bertentangan dengan puting payu dara anda. Ketahui juga, bahawa bayi perlu rapat dengan anda, PERUTnya bertemu dengan perut anda. Antara lain, KEPALA, BAHU dan PUNGGUNG bayi perlu diampu dengan sebaik-baiknya. Dalam masa yang sama, anda dinasihatkan tidak perlu membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. 

JENIS-JENIS POSISI :

1. CRADLE HOLD
Posisi dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para ibu menyusu ketika menyusukan bayi masing-masing. Ia sememangnya sangat selesa buat diri anda sendiri dan bayi yang disusukan juga. Posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu. Oleh itu, anda tidak perlu memusingkan kepala bayi untuk menyusukannya.


2. CROSS CRADLE HOLD
Melalui posisi ini, bayi akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda. Jika bayi menyusu di payu dara kiri, bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu oleh lengan kanan anda. Tapak tangan anda pula akan mengampu kepala bayi. Selain itu, badan bayi juga boleh disokong dengan menggunakan bantal menyusu.


Posisi ini amat sesuai untuk para ibu yang mempunyai saiz payu dara yang agak besar. 

3. FOOTBALL HOLD
Posisi seperti ini memerlukan sokongan tambahan iaitu bantal menyusu bagi menyokong bayi agar dia kekal selesa. Bantal berkenaan perlu diletakkan dibahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payu dara. Kemudian anda perlu posisikan tubuh bayi di bawah lengan, pegang kepalanya dan halakan mulut bayi ke payu dara. 


Posisi ini sesuai dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan bayi secara caeserean, yang memiliki payu dara besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi bersaiz kecil, yang menyusukan anak kembar mereka pada waktu serentak.

4. LYING DOWN
Posisi menyusukan bayi secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda mahupun bayi berasa letih. Ia amat selesa. Jika anda melahirkan bayi secara pmbedahan caesarean, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi. Lakukannnya dengan menyokong kepala bayi dengan lengan ketika anda berbaring. 


5. TANDEM
Lazimnya, posisi ini diamalkan oleh mana-mana ibu menyusu yang mempunyai anak kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua orang anak dalam satu masa. Walaubagaimanapun, posisi yang sama juga boleh anda aplikasikan jika masih mempunyai anak yang lebih berusia untuk menyusu bersama bayi kecil pada waktu yang sama. 


## SENDAWAKAN BAYI
Adalah penting untuk anda sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Ini kerana dibimbangi bayi termuntah susu. Caranya ialah anda perlu meletakkan bayi di bahu anda. Kemudian, gosok atau tepuk perlahan-lahan bahagian belakang badannya.

Ini diantara tips-tips posisi penyusuan yang boleh membantu anda menyusukan bayi anda dengan selesa. 
SELAMAT MENCUBA!

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gamil.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

Wednesday, 23 April 2014

TIPS PENYUSUAN - MANFAAT Penyusuan Susu Awal

Dah baca ke post Azie sebelum ni? Berkaitan " SEJAM PERTAMA YANG PENTING!" ?
Kalau dah baca Alhamdulillah. Moga dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu yang baru bergelar ibu dan bakal-bakal ibu.

Kali ni Azie nak bagi tips lagi berkaitan "MANFAAT PENYUSUAN SUSU AWAL".

Jom baca tentangnya :
  • Membina sistem imunisasi tubuh bayi menerusi kolostrum yang mengandungi Vitamin A dan antibodi yang tinggi.
  • Merapatkan hubungan antara ibu dan  bayi.
  • Mengurangkan risiko kepada ibu daripada mendapat kanser payu dara dan rahim.
  • Membantu dalam proses pengecutan rahim bagi mengelak masalah tumpah darah selepas bersalin.
  • Menghindar atau mengurangkan masalah bengkak susu apabila susu matang mula terhasil.
  • Penyusuan kolostrum di peringkat awal akan mengurangkan masalah jaundis kerana bilirubin dalam darah dikeluarkan oleh badan bayi melalui sistem penghadaman dengan mudah.
  • Ransangan untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20-30 minit selepas kelahiran. Hisapan pada peringkat awal akan menjamin kejayaan penyusuan susu ibu diperingkat seterusnya.
Untuk ibu-ibu diluar sana, sekiranya anda ingin menyusukan bayi anda secara ekslusif dan sehingga bayi berumur 2 tahun, anda seharusnya menanam niat tersebut dari awal kandungan lagi. Insyaallah apa yang ada inginkan itu dipermudahkan oleh Allah. Banyakkan mendapat maklumat-maklumat berkaitan penyusuan bagi menyiapkan diri anda dan menambah pengetahuan berkaitan penyusuan susu ibu.

Azie doakan semoga anda ibu-ibu di luar sana berjaya dalam melaksanakan MISI penyusuan anda!.

Fauziah Azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Senawang Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

TIPS PENYUSUAN : Titisan Emas KOLOSTRUM

Umum mengetahui betapa istimewanya susu ibu yang mengandungi antibodi bagi melindungi bayi. Pada awal kelahiran, susu yang keluar adalah pekat dan bewarna kekuningan yang dinamakan sebagai KOLOSTRUM. Ia merupakan imunisasi pertama untuk bayi. Sayang sekali jika KOLOSTRUM yang wujud hanya untuk beberapa hari selepas kelahiran tidak diberi kepada si manja.


Ketahuilah, biarpun kuantiti KOLOSTRUM adalah sedikit namun ia cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Saiz perut bayi baru lahir kecil iaitu sebesar sebiji guli. Jadi, dia tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak pada hari-hari awal selepas kelahirannya.

KOLOSTRUM merupakan makanan sempurna bagi bayi. Ia mengandungi kandungan protein, vitamin A dan E yang lebih tinggi berbanding susu matang.

KOLOSTRUM juga mengandungi faktor pertumbuhan yang membantu mematangkan usus dan mencegah alahan. Jika makanan lain seperti susu formula atau air kosong diberi kepada bayi terlebih dahulu sebelum KOLOSTRUM, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan serta penyakit lain.

Jangan sesekali tertipu dengan anggapan bahawa susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana KOLOSTRUM yang dihasilkan sangat menncukupi. Bagi mempercepatkan penghasilan susu matang, anda hanya perlu kerap menyusukan bayi, memastikan posisi penyusuan yang betul dan pada masa yang sama dapatkan khidmat urutan daripada badan terlatih. Proses urutan yang dilakukan dapat membuka liang susu yang mungkin tersumbat sekaligus melancarkan aliran susu. 

BERSAMA-SAMA KITA MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF !


Fauziah azie
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page:Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com

  **COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

Thursday, 17 April 2014

TIPS PENYUSUAN - Sejam Pertama Yang Penting !


Sejam pertama penuh bermakna. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk menyusukan si manja buat pertama kalinya.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, anda seharusnya diberi peluang untuk memegang erat bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi, sekurang-kurangnya 10 minit dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran berupaya mengeratkan hubungan anda berdua. Malah, sentuhan yang sama menjadi langkah penting untuk anda memulakan proses pengeluaran susu. Ketika ini, bayi akan mencari payudara dan memberi tindak balas dengan menghisap payudara. Tindakan ini dinamakan sebagai rooting reflex.

Menyusukan bayi secepat mungkin dalam tempoh satu jam selepas kelahiran sememangnya penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang lancar. Ia juga merupakan langkah bijak untuk anda merealisasikan impian penyusuan susu ibu di masa akan datang. Oleh yang demikian, beritahu dan nyatakan hasrat anda kepada doktor dan jururawat di bilik bersalin agar segera menyerahkan bayi sebaik dia dilahirkan untuk disusukan. 

Kajian menunjukkan bayi baru lahir yang mendapat sentuhan awal daripada ibu cepat belajar untuk melekap dengan lebih efektif berbanding bayi yang terpisah daripada ibunya dalam masa satu jam selepas lahir. Ketahuilah, SEJAM PERTAMA ini adalah masa di mana bayi berada dalam keadaan waspada dan tenang. Jadi, dia mudah berinteraksi dengan anda. Matanya yang terbuka luas membolehkan dia mencari dengan penuh minat payudara. 

Pemerhatian yang dilakukan oleh pakar laktasi mendapati bayi baru lahir akan berusaha bergerak menuju ke arah payudara. Biasanya dia mencapai sasaran itu dengan bantuan yang minima. 

Oleh itu, beri sepenuh perhatian kepada bayi dalam tempoh masa berharga ini. Renung wajah dan berbual-bual dengannya agar dia boleh mendengar secara langsung suara yang pernah didengarinya di alam rahim. Dakap dia agar berlaku sentuhan kulit ke kulit, perut ke perut dan pipinya ke payudara. Untuk memastikan dia selesa, selimuti tubuhnya. Jangan khuatir kerana suhu tubuh anda memadai untuk menghangatkannya. 

PERMATA HATI SAYA YANG PERTAMA - LAHIR PADA 24/9/2010 DI KPJ SEREMBAN SEBERAT 3.14KG - DIBERIKAN SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR 1 TAHUN 8 BULAN





Fauziah azie
Sms/whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

** COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

TIPS PENYUSUAN -TIPS Untuk Menjayakan Proses Penyusuan

Proses penyusuan merupakan aktiviti/perkara yang semulajadi, tetapi itu tidak bermakna ianya perkara yang mudah bagi mereka yang baru memulakannya terutama bagi mereka yang baru pertama kali bergelar IBU. Disini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menjadikan proses penyusuan lebih mudah atau dengan kata lain menjayakan proses penyusuan =).

Antara TIPS yang boleh anda amalkan untuk menjayakan proses penyusuan kepada si manja anda :