Saturday 26 April 2014

TIPS PENYUSUAN - Kenali POSISI Penyusuan Anda

Dalam menyusukan bayi, salah satu faktor yang perlu dititikberatkan ialah POSISI penyusuan. Dengan melaksanakan posisi yang betul, ia dapat membantu anda melancarkan seterusnya menjayakan proses penyusuan. 

Secara amnya, anda perlu tahu bahawa setiap kali sesi penyusuan berlangsung, KEPALA, TENGKUK dan BADAN bayi perlu berada dalam keadaan selari. MUKAnya pula perlu menghadap payu dara. HIDUNG pula perlu bertentangan dengan puting payu dara anda. Ketahui juga, bahawa bayi perlu rapat dengan anda, PERUTnya bertemu dengan perut anda. Antara lain, KEPALA, BAHU dan PUNGGUNG bayi perlu diampu dengan sebaik-baiknya. Dalam masa yang sama, anda dinasihatkan tidak perlu membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. 

JENIS-JENIS POSISI :

1. CRADLE HOLD
Posisi dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para ibu menyusu ketika menyusukan bayi masing-masing. Ia sememangnya sangat selesa buat diri anda sendiri dan bayi yang disusukan juga. Posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu. Oleh itu, anda tidak perlu memusingkan kepala bayi untuk menyusukannya.


2. CROSS CRADLE HOLD
Melalui posisi ini, bayi akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda. Jika bayi menyusu di payu dara kiri, bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu oleh lengan kanan anda. Tapak tangan anda pula akan mengampu kepala bayi. Selain itu, badan bayi juga boleh disokong dengan menggunakan bantal menyusu.


Posisi ini amat sesuai untuk para ibu yang mempunyai saiz payu dara yang agak besar. 

3. FOOTBALL HOLD
Posisi seperti ini memerlukan sokongan tambahan iaitu bantal menyusu bagi menyokong bayi agar dia kekal selesa. Bantal berkenaan perlu diletakkan dibahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payu dara. Kemudian anda perlu posisikan tubuh bayi di bawah lengan, pegang kepalanya dan halakan mulut bayi ke payu dara. 


Posisi ini sesuai dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan bayi secara caeserean, yang memiliki payu dara besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi bersaiz kecil, yang menyusukan anak kembar mereka pada waktu serentak.

4. LYING DOWN
Posisi menyusukan bayi secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda mahupun bayi berasa letih. Ia amat selesa. Jika anda melahirkan bayi secara pmbedahan caesarean, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi. Lakukannnya dengan menyokong kepala bayi dengan lengan ketika anda berbaring. 


5. TANDEM
Lazimnya, posisi ini diamalkan oleh mana-mana ibu menyusu yang mempunyai anak kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua orang anak dalam satu masa. Walaubagaimanapun, posisi yang sama juga boleh anda aplikasikan jika masih mempunyai anak yang lebih berusia untuk menyusu bersama bayi kecil pada waktu yang sama. 


## SENDAWAKAN BAYI
Adalah penting untuk anda sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Ini kerana dibimbangi bayi termuntah susu. Caranya ialah anda perlu meletakkan bayi di bahu anda. Kemudian, gosok atau tepuk perlahan-lahan bahagian belakang badannya.

Ini diantara tips-tips posisi penyusuan yang boleh membantu anda menyusukan bayi anda dengan selesa. 
SELAMAT MENCUBA!

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gamil.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

0 comments:

Post a Comment